Sunday, 3 July 2011


Rencana utama: Aqidah dan Iman
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Para ulama menetapkan setiap Muslim mestilah percaya kepada enam perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Iman, iaitu percaya pada Allah, pesuruhNya,malaikatNya, wahyuNya, Hari Kiamat, dan pada qada dan qadar.[23]
Muslim percaya bahawa Allah mewahyukan pesanan terakhirNya kepada manusia melalui Nabi Islam Muhammad s.a.w. dan melaluimalaikat Jibrail. Bagi umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabiullah terakhir dan kitab al-Qur'an merupakan wahyu yang baginda terima lebih dari dua dekad.[24] Muslim percaya bahawa para nabi adalah manusia dan bukan tuhan/dewa, meskipun mereka mampu melakukan mukjizat untuk membuktikan kenabian mereka. Nabi-nabi dianggap menjadi yang paling hampir sempurna dari semua manusia, dan uniknya merupakan penerima wahyu ketuhanan-sama ada terus dari Allah atau melalui perantaraan malaikat. Al-Qur'an menerangkan nama-nama berbagai tokoh yang dianggap nabi dalam Islam, termasuk Nabi Adam a.s.Nabi Nuh a.s.Nabi Ibrahim a.s.Nabi Musa a.s.dan Nabi Isa a.s.[25] Teologi Islam mengatakan bahawa semua pesuruh Allah sejak Nabi Adam a.s. memberi perutusan yang sama - Islam - penundukan kepada Allah. Islam dihuraikan dalam al-Qur'an sebagai "sifat primordial bagaimana Allah mencipta manusia",[26] dan Al-Qur'an menyatakan bahawa nama Muslim telah diberikan oleh Nabi Ibrahim a.s.[27]ustazsyedhasan1@gmail.com

Thursday, 26 May 2011

Ayat Cinta Kepada Kekasih


Biarpun ayat-ayat cinta itu sudah tua, rapuh, luluh dan lusuh,
Cinta itu tetap Segar Mekar dan Semakin Dalam,
Cinta itu yang Kau beri,
Cinta itu dengan Hati, Sanubari, Rohani & Jasmani,
Dengan Cinta Datangnya Sabar,
Orang Bercinta tiada Gusar,
Apa berlaku hanyalah Mata Kasar,
Mata hati tetap berkobar-kobar.
Dengan Cinta tiada Was-Was,
Apa dibuat biarlah berbalas atau tidak berbalas,
Waktu bersua, diri sentiasa kemas,
Wangian harum, percikannya ikhlas.
Dengan Cinta Sentiasa Mahu Berhubung,
Juga Rasa Mahu Bersama,
Harapan tinggi sampai ke penghujung,
Selepas Nyawa bertemu di Syurga
Dengan Cinta datang pengorbanan,
sentiasa hidup dalam bantuan,
Sungguh indah Hidup Bertuhan,
Kerana Allah, Cintaku murnikan.
Lembaran Cinta tanda kekuasaan,
Sentiasa ada sepanjang Zaman,
Melalui Kekasih Dia Sampaikan,
Buat pedoman cinta sepanjang Jalan.
Dengan Cinta penuh Pengharapan,
Takutnya hilang cinta dari Tuhan,
Sentiasa Diri dalam Persiapan,
Sampai waktu, akan disemadikan.
Ya Allah! Aku minta kepada Engkau semua kebaikan masa kini dan akan datang samada yang aku ketahui atau tidak dan tahu dan aku berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan yang masa kini dan akan datang samada yang aku tahu atau tidak.

Doa itu adalah Ayat-Ayat Cinta kita Kepada Pencipta, Allah Swt. Semoga Cinta Kita Terus Mekar Mewangi.
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Katakanlah (Wahai Muhammad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah Ali-Imran 3:  Ayat ke 31)

SEJARAH PEMBUKUAN AL-QURAN

Pertama :
Pembukuan di zaman Rasulullah S.A.W.Al Quran ditulis oleh penulis-penulis wahyu dengan arahan daripada Rasulullah S.A.W. Ianya ditulis di atas pelepah tamar, kulit binatang, tulang-tulang dan batu secara tersusun mengikut wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Ia belum lagi dihimpunkan di dalam satu mushaf. Terdapat juga sebahagian dari para sahabat menulis beberapa juzuk dan surah yang tertentu mengikut apa yang mereka hafal daripada Rasulullah S.A.W.
Kedua :
Pembukuan di zaman Abu Bakar As Siddiq. Usaha pengumpulan ini dijalankan oleh Zaid Bin Thabit di atas arahan Saidina Abu Bakar dengan persepakatan bersama Saidina Omar Bin Al Khattab. Sumbernya ialah hasil tulisan penulis-penulis wahyu Rasulullah S.A.W sehingga mereka dapat mengumpulkannya dan dijadikan satu mushaf.
Ketiga :
Pembukuan di zaman Saidina Osman Bin 'Affan.Al Quran yang pertama ditulis mengikut naskhah yang terdapat pada Hafsah Bt. Omar. Naskhah ini adalah hasil usaha yang dibuat oleh Saidina Abu Bakar. Di dalam pembukuan ini beliau memelihara perbezaan bacaan yang berlaku ketika itu dan beliau mempertanggungjawabkan Zaid Bin Thabit, Abdullah Bin Zubair, Sa'ad Bin Al'as dan Abd. Rahman Bin Al Haris Bin Hisham bagi menjayakan usaha yang mulia ini. Pada ketika itu belum lagi dimasukkan titik dan dibariskan hurufnya. Saidina Osman Bin 'Affan menyimpan senaskhah daripadanya dan bakinya dihantar ke seluruh pelusuk dunia Islam.
Keempat :
Meletakkan tanda titik dan baris pada huruf melalui tiga peringkat :-

1: Tanda titik mula diletakkan pada zaman Khalifah Mu'awiyah Bin Abu Sufyan yang telah memerintahkan Abul Aswad Ad Duali di dalam menguruskan tugas tersebut demi untuk memelihara dari berlakunya kesalahan di dalam bacaan Al Quran.


2: Titik diletakkan untuk membezakan huruf antara satu sama lain (ب ت ث ) di zaman pemerintahan Abdul Malik Bin Marwan yang telah memerintahkan Al Hajjaj Bin Yusof untuk menguruskannya. Maka Al Hajjaj telah memerintahkan Nasir Bin 'Asim dan Yahya Bin Ya'mar untuk melaksanakan tugas tersebut.
3: Al Khalil Bin Ahmad Al Farahidi telah meletakkan tanda baru iaitu huruf Waw kecil di atas untuk tanda baris hadapan, huruf Alif kecil untuk tanda baris atas, huruf Ya' kecil untuk tanda baris bawah, huruf Ha' untuk tanda sukun dan kepala 'Ain untuk Hamzah.

DOA PEMBUKA 12 PINTU KEBAIKAN

Wednesday, 25 May 2011

PROGRAM ANAKKU PINTAR

INGIN MENDAPAT KHIDMAT
PENGAJIAN AL-QURAN, FARDHU AIN
SERTA TUISYEN B.ARAB &  MOTIVASI  DIRUMAH

BERPENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA,
maahad TAHFIZ,  PONDOK TUAN GURU HAJI ABDULLAH LUBOK TAPAH & KOLEJ  DIKELANTAN  serta UNIVERSITI  Malaya

BERPENGALAMAN LUAS DALAM PENGAJARAN
AL-QURAN Selama lebih 15 tahun
FARDHU AIN, USUL FIQH, AQIDAH, NAHU & TASAUF PERNAH MENJADI GURU DI SEK REN & men AGAMA serta INSTITUSI JABATAN KERAJAAN Bayaran boleh dirunding

BERMINAT
SILA HUBUNGI
USTAZ SYED MOHAMAD HASAN BIN SYED ALI
NO TEL 019-2911499
@ E-MAIL ADDRESS ustazsyedhasan@gmail.com JAMINAN DGN IZIN ALLAH TAALA ANAK TUAN /PUAN AKAN CEPAT PANDAI