Sunday, 3 July 2011
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Para ulama menetapkan setiap Muslim mestilah percaya kepada enam perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Iman, iaitu percaya pada Allah, pesuruhNya,malaikatNya, wahyuNya, Hari Kiamat, dan pada qada dan qadar.[23]
Muslim percaya bahawa Allah mewahyukan pesanan terakhirNya kepada manusia melalui Nabi Islam Muhammad s.a.w. dan melaluimalaikat Jibrail. Bagi umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabiullah terakhir dan kitab al-Qur'an merupakan wahyu yang baginda terima lebih dari dua dekad.[24] Muslim percaya bahawa para nabi adalah manusia dan bukan tuhan/dewa, meskipun mereka mampu melakukan mukjizat untuk membuktikan kenabian mereka. Nabi-nabi dianggap menjadi yang paling hampir sempurna dari semua manusia, dan uniknya merupakan penerima wahyu ketuhanan-sama ada terus dari Allah atau melalui perantaraan malaikat. Al-Qur'an menerangkan nama-nama berbagai tokoh yang dianggap nabi dalam Islam, termasuk Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.dan Nabi Isa a.s.[25] Teologi Islam mengatakan bahawa semua pesuruh Allah sejak Nabi Adam a.s. memberi perutusan yang sama - Islam - penundukan kepada Allah. Islam dihuraikan dalam al-Qur'an sebagai "sifat primordial bagaimana Allah mencipta manusia",[26] dan Al-Qur'an menyatakan bahawa nama Muslim telah diberikan oleh Nabi Ibrahim a.s.[27]ustazsyedhasan1@gmail.com
Subscribe to:
Comments (Atom)
